Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Pertandingan Keceriaan Ruang Gunasama PPKT Kampus Kejuruteraan 1/2013

20130918 101044

Bahagian Aplikasi, Web & Multimedia (BAWM) telah muncul sebagai pemenang bagi Pertandingan Keceriaan Ruang Gunasama PPKT Kampus Kejuruteraan bagi sesi pertama 2013 anjuran Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan (JKKK) PPKT Kampus Kejuruteraan.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya aspek kelestarian dan keceriaan di tempat kerja selain memupuk semangat gotong-royong dan kebersamaan menjaga ruang guna sama. Sesi penilaian telah dilakukan pada bulan Julai 2013 diadili oleh juri-juri yang telah dilantik mewakili setiap bahagian di PPKT. Sebanyak 10 buah ruang guna sama dipertandingan iaitu Pejabat Am, Bilik Mesyuarat, Bilik Jamuan, Bilik BAWM, Bilik Info, Bilik Operator, Ruang Baik Pulih PC, Pantri, Tandas Lelaki dan Tandas Perempuan.

Pemenang membawa pulang baucer RM100, piala pusingan dan hamper penghargaan.
 
TAHNIAH diucapkan kepada pemenang.
 
Dibawakan oleh :
Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan PPKT
PPKT USM Kampus Kejuruteraan.