Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Techtalk Power BI

Power BI 1

PPKT, 11 APRIL 2017 – Satu siri TechTalk bertajuk Microsoft Power BI telah diadakan bertempat di Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan, USM.

Penceramah jemputan kali ini adalah Encik Mohd Nazri Bin Mat Husin, Pegawai Teknologi Maklumat F44, PPKT Kampus Kesihatan, USM.

TechTalk ini memperkenalkan kepada 30 peserta yang terdiri daripada kakitangan PPKT Kampus Kejuruteraan dan  SahabatPPKT berkaitan perisian “Power Business Intelligence”.

Perisian ini merupakan satu perisian yang sangat membantu dan memudahkan proses penjanaan "dashboard" & laporan yang dinamik berdasarkan data yang ada di organisasi masing-masing.

Hasil dari survey kepada peserta, kebanyakan berpuas hati dan gembira dapat mengenali perisian ini secara asas dan berharap akan ada kursus lanjutan selepas ini.

Power BI 2

Teks : Mashithah Md Hasim
Foto: Sheikh  Md Roshahidi Sheih Daud