Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Techtalk Siri 3/2017 Anjuran PPKT Kampus Kejuruteraan

 peserta

3 Nov 2017 – PPKT Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan siri ke 3 Techtalk PPKT bagi tahun 2017 pada hari ini. Sebanyak 4 sesi perkongsian telah diadakan kepada 34 kakitangan PPKT dan SAHABAT PPKT.

Pembentangan pertama yang bertajuk “Wadah Inovatif Penyelesaian Pengurusan Persidangan" telah disampaikan oleh Puan Nurzalina Noordin selaku Ketua Seksyen Aplikasi, Web & Multimedia.

Perkongsian ini sedikit sebanyak menyentuh pengalaman PPKT dalam membangunkan Sistem Pengurusan Persidangan IAHR yang telah digunapakai di peringkat antarabangsa dan telah berjaya mengumpulkan 1380 abstrak dan 911 kertas kerja penuh untuk fasa akhir.

Ina

Majlis diteruskan dengan pembentangan "Eduroam - Gapo dia?" oleh Encik Khairi. Dari pembentangan ini, hadirin telah dapat memahami fungsi penggunaan Wi-Fi yang menggunakan akaun rasmi USM iaitu @usm.my atau @student.usm.my di luar premis USM.

khairi

Pembentangan ketiga bertajuk "Mac - What is so special about Mac?" oleh Encik Kusairay menyentuh berkaitan sejarah dan pembangunan Apple dari tahun 1976. Selain itu, pembentang menjelaskan berkaitan produk Apple yang telah digunapakai di dalam persekitaran USM pada hari ini.

kq

Pembentangan terakhir bertajuk "Customer Service-The do's and the don’ts" oleh Puan Mashithah sedikit sebanyak menyentuh tips yang boleh digunapakai oleh kakitangan PPKT yang merupakan Pusat Perkhidmatan di USM dalam menghadapi karenah pelanggan setiap hari.

Mashitah

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada jam 12.15pm.


Teks: Mashithah Md Hasim
Foto: Mashithah Md Hasim/ Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud