Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

BENGKEL SEE IT FEEL IT DO IT PPKT KEJURUTERAAN 2017

sifidi
PPKT, 29-30 November 2017 - Bengkel SiFiDi telah berakhirnya dengan jayanya. Kali terakhir SiFiDi telah diadakan pada tahun 2014. Peserta seramai 55 orang yang terdiri daripada pelbagai sekolah sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sasaran SiFiDi kali ini adalah kepada pelajar sekolah menengah rendah. Terdapat juga sebilangan pelajar dari sekolah rendah.

Bengkel See It Feel It Do It (SiFiDi) ini diadakan bagi tujuan untuk merealisasikan agenda untuk memasyarakatkan universiti khususnya Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan dengan masyarakat persekitaran amnya melalui program-program berkaitan ICT di samping melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan mendapat pendedahan perkembangan ICT terkini.

IMG 6926IMG 0082

Lebih kurang 7 orang pelajar USM juga turut serta dan memberi kerjasama kepada pasukan Treasure Hunt. Bengkel ini bermula pukul 8:30 pagi hingga ke 5:30 petang dan berlangsung selama 2 hari. Antara aktiviti yang terlibat adalah ceramah berkenaan Google Families telah disampaikan oleh Encik Kusairay bin Musa dan Social Media telah disampaikan oleh Puan Azura Binti Marican daripada Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) ,Universiti Sains Malaysia, Bertam, Pulau Pinang serta ceramah Internet of Things telah disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab selaku Penyelaras PPKT, Kampus Kejuruteraan.

IMG 7106IMG 7115

Manakala kursus ICT Adobe Photoshop dan Movie Maker telah disampaikan oleh Cik Nor Azrin Binti Tarmizi, Muda dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, dan dibantu oleh 10 orang fasilitator yang terdiri daripada staf dan pelajar latihan industri PPKT. Adalah menjadi harapan kepada pihak PPKT, Kampus Kejuruteraan agar SiFiDi menjadi satu wardah di dalam penyebaran ICT terkini kepada para pelajar bagi menarik minat mereka menerokai IT dengan lebih mendalam.

IMG 9820

Teks: Umul Hapsah Mohamad
Foto: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud