Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

SahabatPPKT 2018

image1
NIBONG TEBAL , 28hb Februari 2018 - Telah berlangsung perjumpaan pertama Sahabat PPKT (Staf) bagi tahun 2018 di Bilik Telesidang, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan pada jam 2:30 petang. Seramai 13 ,wakil Sahabat PPKT telah hadir pada perjumpaan tersebut.  

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, Penyelaras PPKT dan Ketua- Ketua Seksyen.

image2
Sepintas lalu perkara yang dibincangkan adalah berkenaan lantikan baru, isu-isu semasa berkenaan perkhidmatan di PPKT dan maklumbalas dari pihak wakil-wakil Pusat Tanggungjawab.  Pihak PPKT mengucapkan terima kasih kepada wakil yang masih kekal sebagai Sahabat PPKT dan Selamat datang kepada wakil yang baru dilantik. Semoga kesinambungan yang diwujudkan ini dapat membantu PPKT di dalam memberi perkhidmtan ICT kepada Kampus Kejuruteraan. Senarai wakil SahabatPPKT 2018 boleh dirujuk di laman sesawang PPKT.

Penulis & Foto : Umul Hapsah  Binti Mohamad