Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Program Jom Santai PPKT 2018 di Tanjung Assam, Teluk Kumbar

image1
15 April 2018 (Ahad) – Kelab Kakitangan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi ( Kelab PPKT), Kampus Kejuruteraan telah mengadakan Program Jom Santai  PPKT 2018  di Tanjung Assam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.  Seramai 80 orang staf dan ahli keluarga telah menyertai program ini.  Ia dimeriahkan dengan beberapa acara seperti sukaneka untuk pelbagai peringkat umur, BBQ, santai dan mandi manda. Limpahan makanan yang sedap dan menyelerakan telah disediakan secara “potluck” oleh kakitangan.

image3image4image2
Program sebegini amat perlu dilakukan untuk mengeratkan ukhwah sesama kakitangan kerana semasa di pejabat masing-masing sibuk dengan tugas. Semoga aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang.


Teks :Hafsah Sahar
Foto: Mashithah Md. Hasim