Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Kursus Asas Laman Web Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Ipoh

IMG 20181121 1135351

IPOH, 21 November 2018 (Rabu) – Pengurusan Masjid Al-Muttaqin telah menganjurkan Kursus Asas Laman Web di Masjid Al-Muttaqin ,Taman Meru, Ipoh. Kursus ini dijalankan oleh Unit Web & Multimedia, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan khusus untuk jawatankuasa masjid di dalam mengendalikan laman web masjid serba baru.

Kursus ini telah disertai oleh 13 orang daripada ahli jawatankuasa masjid. Masjid Al-Muttaqin telah melanggan perkhidmatan ‘Web Hosting’ yang ditawarkan oleh PPKT Kampus Kejuruteraan sebahagian dari projek PPKTBiz. Turut hadir mengikuti kursus ini adalah Tn. Hj. Fadzil Saidin, mantan Timbalan Pengarah PPKT yang telah bersara dari perkhidmatannya 2 tahun yang lalu. Beliau yang mengetuai unit ICT Masjid Al-Muttaqin mengharapkan hubungan siratullrahim di antara Masjid Al-Muttaqin dan PPKT Kampus Kejuruteraan berkekalan.

IMG 20181121 1154061