Program Jom Santai PPKT 2018 di Tanjung Assam, Teluk Kumbar
15 April 2018 (Ahad) – Kelab Kakitangan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi ( Kelab PPKT), Kampus Kejuruteraan telah mengadakan Program Jom Santai PPKT 2018 di Tanjung Assam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Seramai 80 orang staf dan ahli keluarga telah menyertai program ini. Ia dimeriahkan dengan beberapa acara seperti sukaneka untuk pelbagai peringkat umur, BBQ, santai dan mandi manda. Limpahan makanan yang sedap dan menyelerakan telah disediakan secara “potluck” oleh kakitangan.