Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Info Lestari@PPKT: Hidupkan komputer anda secara automatik.

Assalamualaikum dan Salam Kelestarian & Keceriaan,

Adakah anda memiliki komputer yang agak perlahan semasa ia dihidupkan? Ini berlaku disebabkan terdapat beberapa aplikasi atau perisian yang mengambil masa untuk dihidupkan sepenuhnya. Sebahagian dari kita lebih gemar membiarkan komputernya tidak dipadamkan selepas pulang dari pejabat dengan alasan komputer mereka sangat lambat apabila dihidupkan keesokan harinya.

Kini anda boleh menghidupkan komputer anda secara automatik setiap hari bekerja! Kebanyakan komputer terkini telah menyediakan kemudahan ini pada tetapan BIOSnya. Sebagai contoh, lihat komputer berjenama Dell Precision T3500 di atas. Terdapat menu "Power Management" yang membenarkan kita menetapkan masa komputer perlu dihidupkan pada menu "Auto On Time". Tetapkan masa dan pilih "Weekdays" iaitu hari anda bekerja. Dengan ini, komputer anda telah pun dihidupkan pada masa jangkaan anda tiba ke pejabat untuk terus menggunakannya tanpa membiarkan ia dihidupkan semalaman seterusnya menjimatkan penggunaan tenaga. Mudah bukan??

TAHNIAH dan terima kasih kerana anda telah pun mematuhi Garis Panduan Amalan Hijau PPKT. Teruskan amalan murni ini untuk kelestarian alam kita.

Dibawakan oleh :
Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan PPKT
PPKT USM Kampus Kejuruteraan