Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Cloud Computing Atau Perkomputeran Awan

Cloud computing adalah proses di mana kita menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi anda sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahu pun video. Proses Cloud computing berlaku apabila anda memuatnaik data-data milik anda ke sebuah laman web kemudian data yang anda sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.

Baca selanjutnya: Cloud Computing Atau Perkomputeran Awan

Tip Penulisan Emel Yang Baik

Adakah emel anda sering diketepikan, menyebabkan kekeliruan atau dipadamkan sahaja hatta belum dibuka pun? Jika emel anda tidak memberikan apa-apa tindak balas, pastikan anda tidak menjadi mangsa ini disebabkan tabiat menghantar emel yang kurang baik. Tabiat tersebut bolehlah dirujuk di sini terlebih dahulu.
http://www8.hp.com/h30458/apr/en/smb/Are-bad-email-habits-wasting-your-time_1417972.html


Isu Emel Yang Berkaitan:

1.
Menghantar emel daripada alamat yang tidak profesional atau ID pengguna yang tidak dikenali—jika anda menggunakan domain emel percuma, ada kecenderungan emel akan diabaikan. Sebagai contoh emel seperti Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. kemungkinan dikenali sebagai spam.

Tip:

Baca selanjutnya: Tip Penulisan Emel Yang Baik

Google Tips

Frasa Pencarian Google

Kalau anda hendak mencari ayat contohnya Berjalan di atas bulan iaitu ayat yang tidak terpisah (satu ayat), anda perlu letak quotes (" dan ") sebelum dan selepas ayat itu. Contohnya dengan menaip "Berjalan di atas bulan", Google akan automatik mengeluarkan hasil carian mana-mana artikel yang ada menulis Berjalan di atas bulan.

Gunakan Tanda "-" dan "+"

Contohnya seperti PPKT USM. Dengan adanya tanda "+" seperti PPKT + USM, Google akan mencari mana-mana artikel yang mempunyai perkataan PPKT dan USM. Tetapi sekiranya, anda meletakkan PPKT - USM, perkataan USM akan digugurkan dari carian. Anda akan mendapat keputusan yang hanya mengandungi perkataan PPKT dan tidak menyenaraikan perkataan USM.

Carian Artikel yang Unik

Sekiranya anda ingin terus mencari artikel tentang artis Siti Nurhaliza di laman web akhbar Kosmo, sila taip: site:URL "katakunci" Contohnya, site:kosmo.com.my "siti nurhaliza"

Dot Dot dalam Carian Google

Baca selanjutnya: Google Tips