Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Hebahan Makluman Perkhidmatan Office 365

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

PUSAT PENGETAHUAN KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) memaklumkan bahawa perkhidmatan Microsoft Office 365 (berasaskan awan) telah sedia untuk diperkenalkan kepada WargaUSM. Perkhidmatan Microsoft Office 365 akan menggantikan perkhidmatan e-mel sedia-ada dan menawarkan perkhidmatan tambah-nilai lain seperti Peti-mel bersaiz 50Gb, Microsoft Office Online dan personal storan OneDrive bersaiz 1Tb.

Microsoft Office 365 akan diaktifkan secara automatik untuk setiap pengguna sebaik sahaja peti-mel (e-mel) berjaya dipindahkan ke awan. Setiap pengguna akan diberi jadual pemindahan peti-mel menerusi email sediaada 7 hari sebelum proses pemindahan berlaku, Proses penjadualan tersebut akan berlaku secara berperingkat dan akan bermula pada 2 September, 2015 (Rabu).

Untuk maklumat lanjut berkenaan Microsoft Office 365@USM, sila layari http://emailservices.usm.my

Sekiranya menghadapi bermasalah untuk capaian ke perkhidmatan Office 365, sila rujuk HOW-TO, http://emailservices.usm.my/index.php/en/how-to .


Sekian, terima kasih.

blog themes O365new