Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Makmal Halatuju PPKT@eng 2016

Halatuju1new

LUMUT, 21 Disember 2015 - Sekali lagi, PPKT Kampus Kejuruteraan berjaya mengadakan Makmal Halatuju PPKT@eng 2016 di Yeob Bay Hotel & Resort Sdn. Bhd pada 18 hingga 20 Disember 2015 dengan kehadiran 20 orang staf bagi memantapkan perangkaan dan perancangan hala tuju jabatan untuk tahun 2016 berdasarkan hasil perbincangan Pra Makmal berasingan Seksyen Infostruktur, Seksyen Web, Aplikasi & Multimedia dan Seksyen Korporat.

Makmal dimulai dengan Ucapan Dasar Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kejuruteraan, Encik Mazlifendirizan Md Rejab yang menegaskan agar hasilan hala tuju sejajar dengan fungsi utama PPKT bagi memberikan perkhidmatan ICT yang terbaik di USM meskipun berdepan dengan cabaran yang agak getir pada tahun 2016.

Sebelum majlis penutup dilaksanakan, Timbalan Pengarah telah mendengar dan meneliti 52 inisiatif profil yang dibentangkan dari hasil sumbang saran dan perbincangan setiap seksyen. Bagi mengukuhkan lagi pentadbiran jabatan, Timbalan Pengarah telah mewujudkan 6 buah jawatankuasa terdiri daripada Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang, Jawatankuasa Keselamatan ICT, Jawatankuasa Pemantapan Kerja Lebih Masa, Jawatankuasa Pemantapan Khidmat Pelanggan, Jawatankuasa Pengurusan Bakat dan Jawatankuasa Kelestarian & Kecerian.

Teks: Salina Abdul Samat
Foto: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud