Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MENDIDIK GURU TADIKA CILIK IT

Kursus guru Tadika1

NIBONG TEBAL, 30 Januari 2016 – PPKT, Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan Kursus Asas Microsoft Excel 2013 untuk guru-guru Tadika, Jabatan  Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Peserta kursus seramai 42 orang telah berjaya menghadiri kursus tersebut yang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Tenaga pengajar yang mengendalikan kursus tersebut ialah  Puan Umul Hapsah binti Mohamad (Dip.(Comp.)(ITM),BSc.(Comp.)(UTM), MSc.(Comp.)(USM)) yang   berpengalaman lebih daripada 17 tahun  di dalam pengajaran.


Diharapkan ilmu yang telah disampaikan kepada peserta dapat dimanfaatkan dan didoakan agar semuanya berjaya di dalam kerjaya masing-masing.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus ini sila rujuk kepada laman sesawang: http://ppkt.eng.usm.my/images/pdf/kursus_ict.pdf

 

Kursus guru Tadika2