Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Makmal Pengajaran PPKT Berwajah Baru

Makmal Wajah baru3

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, pihak PPKT Kejuruteraan telah mengambil satu inisiatif dengan menukar semua komputer baru di dalam Makmal Pengajaran.

Selari dengan misi PPKT iaitu berperanan sebagai pembekal perkhidmatan ICT yang kompeten dan berkesan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, sebanyak 125 unit komputer baru yang berkapasiti sederhana berjenama Acer telah dimuatkan ke dalam makmal tersebut.

Makmal Wajah baru4

Ruang makmal yang boleh memuatkan sebanyak 149 orang pelajar dalam suatu masa ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian yang disediakan komputer oleh PPKT (125 unit) dan bahagian yang dikenali sebagai BYOD (Bring Your Own Device) yang mana pelajar akan membawa laptop atau netbook masing-masing (24 unit) untuk digunakan di tempat yang di khaskan (2 row).
Spesifikasi komputer baru tersebut adalah seperti berikut:
-    Jenama = ACER
-    Model = Veriton M2632G
-    Processor = Intel Core i5-4590 3.30GHz
-    RAM = 4GB
-    Hard Drive = 500GB
-    Operating System = Windows 7 64bit
-    Monitor = ACER 20”

Makmal Wajah baru2Antara perisian-perisian yang telah dimuatkan ke dalam komputer baru tersebut adalah seperti:
-    OrCAD 9.2
-    AutoCAD 2015
-    SPSS 23
-    Matlab 8.5
-    Minitab 17
-    EndNote x7
-    Borland C++ 5.02
-    Visual C++ 6.0
-    Visual Basic 6.0
-    DEV –C++
-    MS Office 2013

Diharapkan dengan adanya komputer baru ini, sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan dan penggunaan perisian oleh pelajar-pelajar.

Akhir kalam, pesanan untuk pengguna makmal ini, gunalah perkhidmatan yang disediakan dengan cermat dan berhemah untuk kelangsungan generasi selepas kita.

Teks: Suhaimi Saibon
Gambar: Mohd Kamal Mohd Noordin/Suhaimi Saibon