Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Jaringan masyarakat di Masjid Nurul Huda, Mukim Lepai, Alor Setar

lepai 1

24 Mac 2017 - Dewan Ilmu, Masjid Nurul Huda, Mukim Lepai, Alor Setar, Kedah satu program jaringan masyarakat dan PPKT Kampus Kejuruteraan telah berjaya dilaksanakan.

Program ini diisi dengan Kursus Asas Keselamatan Penggunaan Internet yang terbuka kepada individu berusia 12 tahun ke atas telah mendapat sambutan yang baik daripada anak qariah. Selain itu, aktiviti menyelenggara dan menaiktaraf komputer sedia ada telah diadakan di Makmal Komputer Masjid Nurul Huda di sebelah petang.

lepai 3

Program jaringan masyarakat dan PPKT merupakan program tahunan antara PPKT, Kampus Kejuruteraan dengan penduduk Mukim Lepai memandangkan Dewan Ilmu, Masjid Nurul Huda Mukim Lepai ini telah diiktiraf sebagai ‘anak angkat’ PPKT, Kampus Kejuruteraan USM.

Seramai 10 orang wakil dari PPKT Kampus Kejuruteraan turun menabur bakti bagi menjayakan program tersebut dan disambut oleh Tuan Imam Masjid Nurul Huda dan AJK masjid.

lepai 2

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada peserta kursus dan penyerahan plak sebagai tanda usahasama di antara pihak Dewan Ilmu, Lepai dengan PPKT Kampus Kejuruteraan USM.

lepai 4

Teks: Suhaimi Saibon
Foto : Nurul Lela