Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Hari Keluarga PPKT 2017

 

32
Ole-ole Bowling Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang , 29 Julai 2017 – Satu aktiviti Hari Keluarga Kelab PPKT Kampus Kejuruteraan telah diadakan dengan jayanya di Ole-ole Bowling Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 29 Julai 2017. Aktiviti “dwi tahunan” ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir kira-kira pada pukul 6.00 petang.

Alhamdulillah, penganjuran Hari Keluarga pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada lebih kurang 90 orang peserta dari 20 keluarga kecil PPKT Kejuruteraan.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ketua Projek iaitu En Rahmat Mat Nayan dan dirasmikan oleh Penyelaras PPKT Kejuruteraan iaitu En Mazlifendirizan bin Md Rejab.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti “High Score Pin” untuk kategori lelaki dan wanita dan juga “Couple High Score” untuk pasangan. Sebanyak 20 hamper dan 5 piala telah disediakan untuk pemenang.

13

68

910
Diharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang kerana selain dapat mencungkil bakat terpendam dikalangan staf PPKT Kejuruteraan ianya juga dapat mengeratkan tali silaturahim sesama staf dan pasangan.

Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan kepada yang belum berjaya diharap dapat berusaha lagi dimasa akan datang… Caiiyokk!!

1719

2527

3133

Teks: Suhaimi Saibon & Nurul Lela Soaid
Foto: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud & Mohd Kamal Mohd Noordin