Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Program Jelajah Kampus Pelajar Baharu Sidang Akademik 2017/2018

 

image006
PPKT telah terlibat dalam penganjuran aktiviti Jelajah Kampus untuk pelajar baharu sidang akademik 2017/2018 yang telah dijalankan pada 4 September 2017.

Aktiviti ini bertujuan untuk mengenalkan pelajar baharu dengan persekitaran kampus kejuruteraan USM di samping beriadah dalam kumpulan.

Pelajar dibahagikan kepada 33 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan aktiviti di 3 zon.

PPKT telah terpilih sebagai salah satu “checkpoint” bagi zon B. Pelajar telah diberikan beberapa tugasan bagi memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan di jabatan ini. Di samping itu pelajar dikehendaki memuatnaik hasil swafoto kumpulan sebagai keperluan melengkapkan aktiviti di “checkpoint” ini.

image004 image005
image007

Diharapkan dengan aktiviti sebegini, pelajar baharu yang terlibat lebih berkeyakinan dan ceria dalam menghadapi minggu orientasi mereka.


Teks: Mashithah Md Hasim
Foto: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud