Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Program Jaringan Masyarakat SK Permatang Pasir 2017

 

Image1
PERMATANG PASIR, 8 November 2017 – Satu program Jaringan USM dan Masyarakat telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir pada 7 dan 8 November 2017. Program yang meliputi Kursus Pembinaan Persembahan dengan menggunakan Powtoon telah dilaksanakan di Makmal PADI@SKPP (Pusat Akses Digital ICT).

Image3
Kursus ini telah dihadiri oleh 20 orang ahli Kelab Komputer SK Permatang Pasir. Tenaga pengajar pada hari tersebut adalah Encik Sheikh Md Roshahidi Bin Sheikh Daud. Beliau berpengalaman dalam mengajar kursus ICT kepada kakitangan USM melebihi 5 tahun. Kursus tersebut telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenali dan menggunakan perisian Powtoon yang mesra pengguna untuk membina slide persembahan yang kreatif dan menarik.

Image4

Kursus diakhiri dengan Pertandingan Persembahan Slide yang terbaik secara berkumpulan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK Permatang Pasir, Puan Junaidah bt Zakaria.
  Image5

Penganjuran Program Jaringan USM Bersama Masyarakat oleh PPKT Kampus Kejuruteraan ini adalah merupakan program yang dilaksanakan secara berkala setiap tahun sebagai sumbangan kepada pembangunan ICT masyarakat setempat.

Image2

Teks: Mashithah Md Hasim
Foto: Mashithah Md Hasim/Nurul Lela Soaid