Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab PPKT 2018/2019

image1

NIBONG TEBAL, 25 January 2018 - Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi (Kelab PPKT) telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi sesi 2018/2019. Tujuan mesyuarat ini agar ahli jawatankuasa dapat menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti kelab yang telah dijalankan serta pembentangan perbelanjaan sepanjang sesi 2016/2017.

Aturcara dimulakan dengan sesi bergambar oleh semua ahli serta AJK Kelab PPKT. Seterusnya ucapan pembukaan oleh Naib Presiden Kelab PPKT iaitu, Encik Rahmat Bin Md Hassan. Disusuli oleh Penyelaras Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab selaku Penasihat Kelab PPKT. Dalam ucapannya, beliau telah menyampaikan hasrat dan harapan beliau kepada Kelab PPKT.


image3

Aturcara diteruskan dengan sesi pembentangan perbelanjaan yang telah disampaikan oleh Presiden iaitu Tn. Sheikh Md Roshahidi Bin Sheikh Daud, dan sekaligus Kelab PPKT sesi 2016/2017 dibubarkan secara rasminya oleh beliau. Seterusnya upacara penyampaian sijil penghargaan kepada Encik Mohd Salludin Bin Mohd Salleh di atas sumbangan wang pendahuluan kepada MyEG. Selepas itu aturcara diteruskan dengan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2018/2019.

image2image4image5
Selesai sesi perlantikan ahli jawatankuasa baru, aktiviti diakhiri dengan majlis perpisahan Puan Nurul Lela Binti Soaid yang telah berpindah ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan diraikan sedikit jamuan. Semoga Kelab PPKT terus maju dan berjaya dalam penganjuran aktivitinya.

Penulis: Shariza Shaari
Foto: Mohd Kamal Mohd Noordin