Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Web Coaching : Laman Web PTJ@USMEng

image1NIBONG TEBAL, 8 Februari 2018 - Unit Web, Seksyen Aplikasi, Web & Multimedia dari Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan USM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu sesi Web Coaching : Laman Web PTJ@USMEng di atas permintaan webmaster untuk menambahbaik maklumat di dalam laman web rasmi Pusat Tanggung Jawab (PTJ).

Sesi ini telah diadakan pada 8 Februari 2018, Khamis di Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan USM. Seramai sepuluh orang webmaster PTJ telah menghadiri sesi latihan intensif ini yang mewakili Unit Kesihatan, Pusat Islam dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni serta Pusat Pengajian Aeroangkasa.

Web Coaching ini telah dikendali oleh Encik Mohd Kamal Bin Mohd Noordin dan dibantu oleh
Encik Mohamed Amir Husaini Bin Abdul Hamid yang dijalankan selama satu hari.Laman web PTJ menggunakan modul CMS(Content Management System) iaitu Joomla. Pihak PPKT sentiasa membantu webmaster untuk mengemaskini kandungan laman web rasmi PTJ ini bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi/jabatan.

Penulis & Foto : Nurzalina Nordin