Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

PPKTFit

image3
NIBONG TEBAL, 05 Mac 2018 – Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Kampus Kejuruteraan (PPKT) telah mengorak langkah dengan menjalankan taklimat Asas Penurunan Berat Badan di bilik Sidang Video PPKT walaupun belum dilancarkan di Kampus Kejuruteraan. Pelancaran program USMFIT di Kampus Kejuruteraan bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Hamdan Bin Abdul Ghani dan dibantu oleh Encik Harull Al-Rashid Bin Shahamin Faizal Kung. Antara perkara penting yang disampaikan adalah jadual BMI (Body Mass Index), Body Fat Calculator dan pengiraan kalori dalam makanan yang diambil seharian. Aktiviti ini merupakan aktiviti sulung daripada inisiatif yang diwujudkan oleh Seksyen Korporat bagi menyahut saranan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang telah melancarkan USMFIT di Kampus Induk pada 21 Februari yang lalu. PPKTFIT dipengerusikan oleh Encik Rahmat Bin Md Hassan.

image1image2


Selain taklimat tersebut, aktiviti lain yang dirancang ialah Aerobik dan Campus Walk yang dijadualkan setiap Khamis bermula jam 5 petang hingga 6 petang. Semua aktiviti ini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi melahirkan warga PPKT yang cergas dan sihat dan secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti dalam bekerja.

Penulis : Shariza Binti Sharuddin
Foto : Nurzalina Nordin