Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Majlis Perpisahan Puan Zieda Suheera

Jamuan Ira

NIBONG TEBAL,16 Mei 2018 (Rabu) – Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi Puan Zieda Suheera Binti Samsuddin yang telah ditugaskan ke Jabatan Bendahari, Kampus Kejuruteraan. Majlis ini adalah anjuran pihak Kelab PPKT bersamaan dengan Sambutan Hilal Ramadan 2018

Pihak Kelab PPKT telah menyampaikan sumbangan berbentuk cenderahati kepada beliau sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan sokongan yang diberikan kepada PPKT sepanjang tempoh beliau berkhidmat di sini. Semoga jalinan ukhwah sentiasa dapat dikekalkan dan selamat maju jaya di tempat yang baru.


Teks: Hafsah Mohd Sahar

Foto: Mohd Kamal Mohd Noordin