Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Techtalk Siri 2/2018 Anjuran PPKT Kampus Kejuruteraan

IMG 9486
NIBONG TEBAL, 5 September 2018 – Techtalk Siri 2/2018 telah diadakan pada 5 September 2018 dengan menampilkan 4 pembentang dengan tajuk yang menarik dan berkaitan dengan ICT dan kakitangan USM.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Salludin Bin Mohd Salleh dan ucapan pembukaan oleh Penyelaras PPKT Kampus Kejuruteraan, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab.


Techtalk2 1
Pembentang pertama, Encik Harull Al-Rashid Bin Shahamin Faizal Kung membentangkan tajuk ‘Drone - Unmanned Aerial Vehicle’ yang memberikan pendedahan asas berkaitan teknologi drone yang terkini di samping demo secara langsung kepada peserta.

Techtalk2 2

Pembentang kedua pula, Encik Hishammudin Bin Endan menyampaikan tajuk "Merekabentuk Dokumen / Brosur Menggunakan Sumber Terbuka" yang memberikan gambaran secara terperinci berkaitan sumber yang boleh digunapakai secara percuma dalam merekabentuk brosur.

Techtalk2 3
Pembentang ketiga, Encik Rahmat Bin Md Hassan berkongsi berkaitan ‘Exit Policy’ dengan semua hadirin bagi menambah pengetahuan terkini dan berkaitan sebagai kakitangan USM.

Techtalk2 4
Pembentang yang terakhir, Encik Sheikh Md Roshahidi Bin Sheikh Daud pula membentangkan tajuk “Let’s Get Started - KIK!” yang memberikan pendedahan terperinci bagaimana untuk mulakan proses KIK atau nama penuhnya Kumpulan Inovasi dan Kreatif.

Techtalk2 5
Majlis bersurai pada jam 1 petang dan diharap dapat meningkatkan pengetahuan hadirin berkaitan teknologi ICT secara khususnya dan pengetahuan semasa berkaitan kakitangan USM secara amnya.

Teks & Foto : Mashithah Md Hasim