Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

PERUTUSAN TAHUNAN CIO PPKT 2019

image
NIBONG TEBAL, 28 JANUARI 2019 (ISNIN) – Majlis berlangsung di Studio Telesidang Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT)  dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Penyelaras PPKT Kampus Kejuruteraan, Encik Mazlifendirizan Md Rejab dan seterusnya menyampaikan taklimat “Laporan Pencapaian dan Prestasi 2018” bagi PPKT Kampus Kejuruteraan.

Disusuli dengan Perutusan Tahunan CIO PPKT 2019 oleh Encik Zulham Hamdan yang julung kalinya telah mengunjungi PPKT Kampus Kejuruteraan bagi menyampaikan perutusan tahunan.

image2
Dalam perutusannya, Encik Zulham telah menerangkan aktiviti-aktiviti telah berjaya dilaksanakan, yang sedang berjalan dan halatuju 2019. Beliau meminta agar semua staf bertindak sebagai entiti yang satu agar bersama-sama saling menjayakan setiap perancangan yang telah digariskan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan PPKT. Beliau juga berkongsi beberapa kejayaan manis PPKT bagi tahun 2018.
Selepas sesi perutusan dan soal jawab, Encik Zulham dibawa melawat ke Bilik Mesyuarat, Makmal Pengajaran, Makmal Multimedia, Seksyen Infostruktor, Seksyen Aplikasi, Web & Multimedia dan Pejabat Am.

image3 image4 image5 image6



Turut diadakan sesi bergambar sebagai tanda kenangan.

 

image7

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di bilik jamuan PPKT.

Teks: Salina Abd Samat
Foto: Mohd Kamal  Mohd Noordin