Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

PERJUMPAAN BERSAMA SAHABATPPKT PELAJAR 2019

Sahabat pelajar
NIBONG TEBAL, 15 MAC 2019 (JUMAAT) - Perjumpaan SahabatPPKT (Pelajar) bagi tahun 2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan pada jam 3:00 petang dan dihadiri oleh 8 orang SahabatPPKT (Pelajar) mewakili MPP dan MPDJLU .

Sebelum memulakan taklimat berkenaan PPKT dan perkhidmatannya, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab selaku Penyelaras PPKT mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan perwakilan pelajar kerana sudi menghadiri perjumpaan tersebut.

Pertemuan diakhiri dengan sesi soal jawab dan beberapa isu berbangkit telah dibincangkan dan diuruskan.

Dengan pertemuan ini, diharapkan jambatan perhubungan di antara pelajar Kampus Kejuruteraan dan PPKT terjalin erat bagi saling membantu meningkatkan mutu perkhidmatan ICT.

Teks:Shariza Shaari
Foto: Mashithah Md Hasim