Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

LAWATAN DELEGASI PPKT KE UMT

UMT1
KUALA TERENGGANU, 15 APRIL 2019 (ISNIN) - Pembuka tirai 2019, seramai 20 orang delegasi Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan yang diketuai oleh Encik Mazlifendirizan Md Rejab (Penyelaras) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat (PPTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Deligasi PPKT tiba pada jam 9:00 pagi dan disambut mesra oleh Puan Juraini Binti Jolan selaku Pegawai Teknologi Maklumat merangkap sebagai Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat.

UMT2
Sesi taklimat berlangsung di Bilik e-Persidangan PPTM bermula dengan sesi bersuaikenal bersama staf Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat yang terdiri daripada 5 Bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran Korporat, Bahagian Pusat Data & Keselamatan ICT, Bahagian Sains Data, Bahagian Infrustruktur & Khidmat Pengguna dan Bahagian Pembangunan Aplikasi.

Taklimat telah di sampaikan oleh Pengarah PPTM iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Pouzi Bin Hamzah. Beliau menyampaikan taklimat bermula dengan penubuhan PPTM pada tahun 1997 dikenali sebagai Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia (UTEKMA). Selepas itu dinamai semula sebagai Pusat Teknologi Maklumat (PTM) pada Februari 2003. Tetapi pada Jun 2013 PTM mengalami perubahan nama baharu sebagai Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat (PPTM).

UMT3
Taklimat diteruskan dengan peranan dan fungsi semua bahagian di PPTM dan juga perkongsian pembangunan Sistem Aplikasi terkini yang terdapat di UMT. Antara yang menarik adalah QR Attendance, Payment Tracking Sistem, eTravel, UMT Mobile Apps, eResume,iRaise, Pengurusan Kontrak dan banyak lagi.

Delegasi PPKT telah dibawa melawat ke Kaunter Khidmat ICT, Pusat Data atau bilik server UMT dan Makmal Kompetensi Big Data iaitu tempat aktiviti bagi Sidang Video dijalankan. Penutup majlis diraikan dengan pemberian cenderahati oleh PPKT kepada pihak UMT dan vice versa. Tidak terhenti di situ, sebelum berlepas pulang, delegasi PPKT dijamu dengan makan tengahari. Akhir bicara “semoga ukhuwah terus terjalin”.

UMT4
UMT5


Teks & Foto:Sharifah Shakila Md Saad