Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

HARI BERSAMA WEBMASTER

bersama webmaster
NIBONG TEBAL, 17 APRIL 2019 (RABU) – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah mengadakan Program Hari Bersama Webmaster. Program tersebut telah berjaya diadakan di Makmal Pengajaran, PPKT Kampus Kejuruteraan yang baru sahaja dilengkapkan dengan komputer baru dan terkini. Seramai 9 orang webmaster yang telah hadir dalam program tersebut.

Kesempatan yang ada telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh peserta untuk berkongsi dan menimba ilmu bagi menguruskan laman web Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing sekaligus berkenalan dan beramah mesra sesama webmaster.

Secara keseluruhannya program tersebut telah berjaya mencapai matlamatnya dan Ketua Seksyen Aplikasi, Web & Multimedia, Puan Nurzalina Nordin berhasrat untuk menjadikan program yang seumpanya ini sebagai program tahunan.

Teks & Foto: Mohd Amir Husaini Abd Hamid