Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

IMEJ BARU KAUNTER SERVISDESK

image1
Nibong Tebal, Mac 2019 (Isnin) - Konsep “Kaunter Terbuka dan Mesra Pelanggan” mula diperkenalkan oleh Pusat Pengetahuan Komunikasi Dan Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan. Imej baru PPKT diwujudkan sebagai satu langkah strategik ke arah memenuhi tuntutan dan objektif yang mengutamakan keselesaan pengguna untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Berteraskan amalan 'Mesra Pelanggan' ruang kaunter terbuka bertujuan memberi keselesaan kepada warga staf kaunter ServisDesk dan pengguna kerana dilengkapi kemudahan serta prasarana ruang pejabat dan kaunter perkhidmatan yang moden, bersih dan selesa untuk pelanggan berurusan setiap hari.

image2

Suasana berurusan di kaunter tidak lagi sesuram dulu.
Semuanya serba ceria, bersistematik, canggih dan sejuk mata memandang.

image3


Moga dengan konsep terbuka ini dapat menarik lebih ramai lagi pengguna untuk berurusan di kaunter ServisDesk.

 

 

Teks: Shariza Shaari
Foto: Jamaliah Shafiei & Shariza Shaari