Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

KURSUS ASAS ADOBE CS2 - SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR

image1

NIBONG TEBAL, 5 JULAI 2019 (JUMAAT) - Bersemangat waja, itulah kata-kata yang boleh diungkapkan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir seramai 12 orang yang hadir ke sesi pengenalan asas pengeditan imej menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kursus selama 3 jam ini merupakan kursus bimbingan asas sebagai persediaan untuk Pertandingan Poster Digital, Karnival Serlahan Bakat 2019 anjuran Sekolah Kebangsaan Jawi, ianya juga untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam dunia teknologi masa kini.

image2Kursus ini berlangsung selama 2 hari dan sedikit sebanyak memberi pendedahan serta pengenalan mengenai perisian Adobe Photoshop yang merupakan antara salah satu perisian yang sering digunakan pada dekad ini. Kecenderungan mereka dalam menimba ilmu harus dipuji walaupun terpaksa mengorbankan masa riadah seperti mana rakan-rakan lain demi kesungguhan untuk mencapai kejayaan serta keyakinan untuk menggenggam sebuah kemenangan pada pertandingan itu nanti.


Teks: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud
Foto: Mashithah Md Hasim & Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud