Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Taklimat Pengisian Borang “Training Needs Analysis” (TNA)

image1

NIBONG TEBAL, 13 DISEMBER 2019 (JUMAAT) - Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan telah mengadakan satu taklimat mengenai cara pengisian borang “Training Needs Analysis” TNA bertempat di Makmal Multimedia. Taklimat ini diadakan lanjutan daripada Makmal TNA yang telah dijalankan di Bukit Merah pada 22 - 24 November dan di Cameron Highland pada 29 November 2019 - 1 Disember 2019. Taklimat ini telah disampaikan oleh dua orang fasilitator iaitu Puan Iza Rahayu Binti Abd Rahim dan Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab.

image2image3

Seramai 31 staf yang terlibat dalam taklimat tersebut iaitu dari Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik dan Desasiswa Jaya Lembaran Utama.

Teks: Umul Hapsah Mohamad
Foto: Mashithah Md Hasim