Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Prasarana Kemudahan Rangkaian Dipertingkatkan

Naiktaraf Rangkaian

 

Dalam dunia teknologi yang berkembang pesat kini, USM tidak terkecuali dari proses tersebut. Perkembangan teknologi ini perlu seiring dengan kecanggihan proses Pengajaran dan Pembelajaran kini yang lebih interaktif dan berkesan kepada pelajar. PPKT memandang serius hal ini dengan menyediakan penambahan prasarana rangkaian tanpa wayar di beberapa tempat yang difikirkan bersesuaian dalam menyokong proses pembelajaran tersebut terutama di semua dewan kuliah dan pusat pengajian.

Dengan adanya kemudahan tambahan ini, proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat berlangsung dengan lebih efektif dan lebih kreatif serta menghasilkan graduan yang bermutu dan lebih berdaya saing.  

 

PPKT memperuntukkan sebanyak 35 unit Access Point(AP) bagi memenuhi kehendak tersebut. Proses pemasangan di semua dewan kuliah telah berjaya dilakukan dengan bantuan semua ahli Infostruktur manakala pemasangan di Pusat Pengajian sedang giat dilakukan. Memandangkan kuantiti AP yang terhad, PPKT berupaya memperuntukkan 2 unit bagi setiap Pusat Pengajian. Selebihnya akan dipasang di tempat-tempat  tumpuan umum seperti di kafe.

 

  • Created on .
  • Last updated on .