Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

SISTEM E-PILIH PEMILIHAN MPPUSM

gambar 1
USM PULAU PINANG, 13 Oktober 2016 – Untuk pertama kalinya, pemilihan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang 2016/2017 telah menggunakan e-pilih yang dibangunkan oleh Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia, PPKT, Kampus Kejuruteraan.

Aktiviti pemilihan bermula pada 8.30 pagi sehingga 5.00 petang yang melibatkan sembilan pusat pemilihan di enam lokasi iaitu empat di Kampus Induk Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan. Selain Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), aktiviti ini mendapat sokongan yang jitu daripada PPKT Induk, PPKT Cawangan, Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan, semua Desasiswa serta seluruh warga USM.

Sistem ini dibangunkan dengan mementingkan kepada ketelusan dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan bersedia menghadapi apa jua masalah yang mungkin timbul apatah lagi setelah diuji beberapa kali sebelum dilaksanakan.

gambar 2

Sistem tersebut juga menggantikan kaedah semi manual yang dipanggil e-kira yang dijalankan dalam proses pemilihan MPPUSM sebelum ini. Keputusan telah dapat diumumkan seawal 6.30 petang berbanding dengan sebelum ini yang mengambil masa sehingga lewat malam.

gambar 3
gambar 4
gambar 5
gambar 6
Teks: Shariza Sharuddin
Foto : Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud & Shariza Sharuddin