Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MAKMAL STRATEGIK PPKT KAMPUS KEJURUTERAAN, 2017

IMG 9675
USM Kubang Kerian Kelantan, 4 Disember 2016 – PPKT Kampus Kejuruteraan  telah menganjurkan Makmal Strategik PPKT ENG 2017 di Kampus Kesihatan pada 4 hingga 6 Disember 2016.   Peserta makmal ini terdiri daripada 19 orang kakitangan PPKT Kampus Kejuruteraan dan turut dihadiri 50 orang kakitangan  PPKT Kampus Kesihatan.

Selain membincangkan halatuju PPKT bagi tahun 2017, makmal ini juga diadakan bagi menggalakkan pengkongsian ilmu dan mengeratkan hubungan di antara pembekal perkhidmatan KCT di kedua-dua kampus.

IMG 9659Makmal dimulakan dengan taklimat dari Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kejuruteraan dan diikuti dengan perkongsian oleh Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kesihatan Encik Ahmad Fadhlul Irham Bin Yusoff.

Sesi perbincangan dan percambahan fikiran telah dijalankan mengikut kumpulan campuran diikuti sesi mengikut seksyen iaitu Seksyen Korporat, Sekyen Infostruktur dan Seksyen Aplikasi,Web & Multimedia.

Hasil makmal ini akan dibawa sebagai dokumen SKT jabatan bagi tahun 2017 dan dipantau melalui Sistem Indeks Prestasi Staf yang menggunakan kerangka Balance Score Card.


 

 

IMG 9674

IMG 9675

IMG 9676

IMG 9691

IMG 9693

IMG 9694


Teks: Mashithah/Hafsah/Nurul Lela
Foto: Mashithah Md Hasim