Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Lawatan Kerja di Kabel Dasar Laut

lawatan kabel1

Pada 25 Mei 2017, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah mengadakan lawatan kerja ke Stesen Pendaratan Kabel Dasar Laut Kuala Muda, Telekom Malaysia yang terletak di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang.

16 orang staf menyertai lawatan kerja ini yang diketuai oleh Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab. Rombongan PPKT tiba pada pukul 9:45 pagi dan telah disambut oleh kakitangan Stesen Kabel Dasar Laut.

lawatan kabel2
Lawatan ini bermula dengan sesi taklimat yang telah di sampaikan oleh Encik Mohd Farid Mizan. Beliau berkongsi peranan penting yang dimainkan oleh stesen kabel dasar laut ini dalam menghubungkan para pengguna dari Malaysia ke seluruh dunia melalui internet. Terdapat lebih kurang 4 jenis konsotium kabel yang didaratkan di stesen berkenaan yang menyambungkan Malaysia dengan beberapa buah negara. Terdapat sebanyak 9 stesen dasar laut di Malaysia merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia merupakan aset terbesar negara. Beliau juga menerangkan berkenaan masalah yang sering berlaku pada kabel dasar laut serta cabaran yang dihadapi bagi membaiki kabel dasar laut tersebut.

Setelah itu PPKT telah dibawa melawat ke tingkat satu bagi melihat sambungan kabel dasar laut yang disambungkan dengan pengguna di Malaysia serta mengenalpasti punca masalah yang berlaku pada kabel di dasar laut.

Lawatan separuh hari ini memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan kepentingan sambungan kabel dasar laut serta cabaran yang sering dihadapi bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh pengguna.

lawatan kabel3

Teks: Umul Hapsah Mohamad/Mohamad Khairi Osman
Foto: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud