Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MAJLIS PERSARAAN PUAN SHARIFAH

Sharipah1
NIBONG TEBAL,6 Julai 2018 - Pada hari ini telah berlangsung sambutan majlis persaraan Puan Sharifah Abu Bakar. Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi disekalikan dengan majlis Jamuan Raya PusatPengetahuan,Komunikasi&Teknologi(PPKT).

Sedikit imbasan sebagai staf yang telah berkhidmat selama 33 tahun dengan USM :
1. Jurutaip 02/09/1985 - 31/03/1989 (PP Sains Matematik Dan Sains Komputer)
2. Pembantu Tadbir 01/04/1989 - 31/05/1996 (PPK Bahan Dan Sumber Mineral)
3. Pembantu Tadbir 01/06/1996 - 25/05/2018 (PPKT)

Puan Sharifah merupakan seorang staf yang sangat cekap dan amanah. Beliau rajin membantu staf-staf yang lain dan seorang yang ramah dan ceria. Beliau sentiasa melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan. Antara anugerah yang pernah di perolehi :

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – Tahun 2002
2. Anugerah Khidmat Sanjung Budi - Tahun 2010
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Tahun 2012
4. Anugerah Penghargaan Khas Pusat Islam, - 2016 Peringkat USM Sempena Sambutan Maal Hijrah 1438H

Sharipah2

Suasana sayu menyelubungi sejurus mendengar beliau berucap buat kali terakhir. Sebagai tanda penghargaan, penyelaras PPKT, Encik Mazlifendirizan Md. Rejab dan Pengerusi Kelab, Encik Kusairay Musa menyampaikan cenderahati sebagai tanda ingatan. PPKT merasa kehilangan seorang staf yang sangat berjasa dan dedikasi dalam melaksanakan tugasnya.

Teks & Foto: Junaidah Jaapar