Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

SEE IT FEEL IT DO IT 2018

BannerSIFIDI2018

NIBONG TEBAL, 4 NOVEMBER 2018 (AHAD) - SEE IT FEEL IT DO IT (SIFIDI) 2018 telah berlangsung pada 4-5 November 2018 di Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan selama dua hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Menurut pengarah projek, Puan Umul Hapsah Mohmad, seramai 46 orang pelajar sekolah rendah dan menengah rendah dari pelbagai sekolah dari kawasan sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah mengikut program ini.

image2  image3  image4
                
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ceramah mengenai “Media Sosial” dan “Aplikasi Google untuk Pendidikan”, mereka cipta robot (Elektronik Robot Kit), aktiviti menguji kemahiran ICT menerusi  “treasure hunt”, lawatan ke beberapa Pusat Pengajian dan juga kursus penyediaan infografik menggunakan Canva dan aktiviti kuiz mengunakan Kahoot.

Aktiviti mencipta robot buat julung kalinya telah diperkenalkan oleh Encik Mohd Jamil Bin Kasim kepada peserta SIFIDI 2018, di mana ianya memerlukan komitmen dan sokongan daripada ahli kumpulan untuk sama-sama mencipta robot dan mempersembahkan hasil ciptaan untuk diadili.

 image5  image6

Kesemua peserta sangat teruja dengan program-program yang diadakan dan telah melakukan yang terbaik bagi memenangi hadia-hadiah yang disediakan dan mereka berharap agar PPKT menganjurkan lagi program seumpama ini.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penyelaras PPKT, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab. Turut dijemput buat kali kedua, Cik Intan Nadhirah Binti Nor Azam sebagai pengacara majlis.  

Teks: Shariza Shaari & Umul Hapsah Mohamad
Foto: Mohd Kamal Mohd Noordin , Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud & Pelajar Pratikal