Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Bicara Santai Siri 2/2020

image1
NIBONG TEBAL, 24 JULAI (JUMAAT)
Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan telah mengadakan satu program perkongsian ilmu “Bicara Santai Siri 2/2020” bertempat di Makmal Multimedia, PPKT. Taklimat ini telah disampaikan oleh Penyelaras PPKT Kampus Kejuruteraan iaitu Encik Mazlifendirizan bin Md Rejab.

 image1
Taklimat kali ini menyentuh berkaitan isu terkini iaitu Covid-19 dan penekanan terhadap kepentingan SOP Pasca Covid-19, pemantauan kemudahan fleksibiliti bekerja dari rumah dan sebagainya. Encik Mazlifendirizan juga memberikan penjelasan berkaitan kedudukan kewangan universiti dan jabatan dan berharap semua staf dapat memberikan kerjasama dalam menghindari pembaziran yang tidak sepatutnya.

Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi dengan jamuan makan tengahari sumbangan salah seorang staff PPKT Kampus Kejuruteraan.

Teks: Encik Mohd Hamdan bin Abd Ghani
Foto: Encik Rahmat bin Md Hassan