Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MAJLIS PERSARAAN PUAN SALINA BINTI ABDUL SAMAT

image1

NIBONG TEBAL, 6 Januari 2021 (Rabu) – Pihak Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah mengadakan Majlis Persaraan Puan Salina binti Abdul Samat pada 6 Januari 2021 bertempat di Studio Telesidang, PPKT.

Puan Salina merupakan Pegawai Teknologi Maklumat Kanan merangkap Ketua Seksyen Korporat, PPKT Kampus Kejuruteraan telah berkhidmat di USM selama 30 tahun 4 bulan dan merupakan seorang staf yang sangat cekap dan amanah. Beliau rajin membimbing staf-staf yang lain dan seorang yang ramah dan ceria. Beliau sentiasa melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan. Beliau juga dikenali di kalangan warga USM kerana berurusan secara terus berkaitan permohonan komputer, tempahan makmal pengajaran dan lain-lain.

image2
Suasana sayu menyelubungi sejurus mendengar beliau berucap buat kali terakhir. Sebagai tanda penghargaan, Puan Umul Hapsah Mohamad dan Puan Mashithah Md Hasim menyampaikan cenderahati sebagai tanda ingatan. PPKT mengucapkan 'Selamat Bersara' dan merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa, dedikasi melaksanakan amanah kerja dan komitmen yang diberikan sepanjang bertugas. Semoga dianugerahkan kesihatan, keselamatan, kebahagiaan dan kejayaan kepada Puan Salina binti Abdul Samat.

image3