Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN PPKT BAGI TAHUN 2020

soal selidik2020

NIBONG TEBAL, 17 Jan 2021 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) mengadakan soal selidik kepuasan pelanggan dari semasa ke semasa bagi mengukur keberkesanan sistem pengurusan kualiti dalam perkhidmatan yang diberikan. Penyertaan ini telah dibuka dari 01 Disember 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua pengguna.

Bagi menghargai pelanggan yang telah meluangkan masa menjawab Kajian Kepuasan Pelanggan 2020, PPKT telah menyediakan hadiah berupa reload e-wallet Touch N Go bernilai RM2, RM3 dan RM5 kepada 100 responden yang terawal.

Tahniah diucapkan kepada pemenang. Diharap dengan pemberian penghargaan ini dapat menarik ramai lagi responden untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan PPKT di masa akan datang.