Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Sanitasi Makmal Pengajaran

Sanitasi1
NIBONG TEBAL, 23 Mac 2021 – Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PPKT dengan kerjasama Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah menjalankan proses sanitasi di Makmal Pengajaran PPKT pada 20 Mac 2021.

Proses sanitasi ini dilaksanakan sempena kemasukan semula pelajar termasuk pelajar baharu USM Kampus Kejuruteraan.

Sebanyak 150 unit komputer di Makmal Pengajaran termasuk seluruh kawasan makmal serta laluan telah disanitasi. Proses ini juga telah dijadualkan untuk dilaksanakan secara berkala.

 Sanitasi2Sanitasi3Sanitasi4Sanitasi5

Teks: Encik Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud
Foto: Encik Rahmat Mat Nayan