Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Perjumpaan Sahabatppkt@Eng (Pelajar) 1/2022

perjumpaan sahabat pelajar
NIBONG TEBAL, 26 JANUARI 2022 (RABU) - Perjumpaan SahabatPPKT (Pelajar) bagi tahun 2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan pada jam 3:00 petang dan telah dihadiri oleh 9 wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU).

Sebelum memulakan taklimat, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab selaku Penyelaras PPKT Kampus Kejuruteraan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan perwakilan pelajar kerana sudi menghadiri perjumpaan tersebut.

Taklimat perkongsian fungsi dan perkhidmatan telah diberikan oleh Puan Mashithah Md Hasim (Ketua Seksyen Korporat), Encik Mohamad Khairi bin Osman (Ketua Seksyen Infostruktur) dan Puan Nurzalina Nordin (Ketua Seksyen Aplikasi dan Multimedia).

Pertemuan diakhiri dengan sesi soal jawab dan pemberian cenderahati sebagai tanda menghargai kepada SahabatPPKT (Pelajar).

Dengan pertemuan ini, diharapkan perhubungan di antara pelajar Kampus Kejuruteraan dan PPKT terjalin erat bagi saling membantu meningkatkan mutu perkhidmatan ICT.

Teks: Puan Shariza Shaari
Foto: Puan Mashithah