Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

TechTalk@PPKT Siri 1/2019 – USM MATLAB DAY

image1
NIBONG TEBAL , 20 MAC 2019(RABU) - Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan Techtalk@PPKT Siri 1/2019 yang bertajuk “Demystifying Deep Learning - A practical Approach in MATLAB” pada 20 Mac 2019 lalu. Sesi ini telah melibatkan 70 peserta terdiri daripada kakitangan akademik dan penuntut dari Kampus Kejuruteraan dan Kampus Induk USM.

Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian berkaitan teknologi MATLAB yang terkini kepada penuntut dan pensyarah yang merupakan pengguna harian perisian ini.

Penceramah pada hari tersebut adalah Cik Siti Safwana, Jurutera Aplikasi dari Techsource Systems. Beliau adalah pakar dalam bidang pemprosesan imej, visi komputer, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam MATLAB. Dalam sesi tersebut, beliau telah menyentuh mengenai ciri-ciri terbaru MATLAB dan cara menggunakan ciri-ciri ini dengan menguruskan set gambar yang sangat besar, memvisualisasikan rangkaian, melakukan segmen klasifikasi dan piksel peringkat segmen pada imej, dan lain-lain.

image2

 Sesi seminar tamat pada jam 12.30 tengah hari dan diakhiri dengan sesi soal jawab yang telah diguna sebaiknya oleh peserta yang hadir dalam mendapatkan jawaban yang jelas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh mereka dalam mengguna pakai perisian tersebut.

Teks & Foto : Mashithah Md Hasim