Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Techtalk@PPKT-ENG 1/2021

PPKT Kampus Kejuruteraan USM
NIBONG TEBAL, 12 Apr 2021 – Satu sesi Techtalk@PPKT-ENG telah dianjurkan oleh Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) pada 12 April 2021 jam 10 pagi secara atas talian melalui Cisco Webex Meeting.

berita2

Sesi ini dimulakan dengan slot Taklimat dan Demo Sistem Pengurusan Mesyuarat - EZMeeting oleh Puan Nurzalina binti Nordin dan dibantu oleh Cik Nurulain binti Abdullah Shani. Taklimat EZMeeting ini menerangkan tentang versi terkini Sistem Pengurusan Mesyuarat yang dibangunkan hasil penambahbaikan sistem SPMM ( Sistem Pengurusan Minit Mesyuarat) yang digunakan sejak tahun 2013. Sistem EZMeeting ini telah dilancarkan pada Disember 2020 untuk membantu pengurusan mesyuarat di USM. Selain itu, Puan Nurzalina juga membentangkan berkaitan Huawei AppGallery yang menyentuh tentang cara untuk pembangun sistem memuatnaik aplikasi mobile ke platform tersebut. Platform Huawei AppGallery ini menggunakan sistem pengoperasian HarmonyOS yang telah dilancarkan pada Disember 2020. Beliau juga berkongsi pengalaman mengenai aplikasi mobile iSolat yang telah berjaya dimuatnaik di dalam platform Huawei AppGallery.

berita

Encik Khairi bin Osman pula sebagai pembentang kedua telah membentangkan tajuk VirtualBox. Dalam pembentangan ini, beliau telah menjelaskan secara terperinci penggunaan VirtualBox bagi pengguna yang masih perlu menggunakan aplikasi atau sistem yang terpaksa bergantung kepada Windows XP yang tidak lagi disokong oleh Microsoft pada masa sekarang. Dengan adanya alternatif penggunaan VirtualBox ini, pengguna boleh menjalankan tugas menggunakan sistem sedia ada tanpa perlu risau tentang sistem operasi yang telah luput.

Sesi pembentangan ini telah dihadiri oleh 100 orang peserta dari ketiga-tiga kampus USM dan diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua.

 

Teks : Mashithah Md Hasim
Foto : Nurzalina Nordin