Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

ROBOCON MALAYSIA 2023

MINDEN, 13 JUN 2023 (SELASA) –Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih menjadi tuan rumah kepada Pertandingan ROBOCON 2023 untuk kali yang kedua. Pertandingan tersebut dijalankan di Kompleks Sukan Azman Hashim, USM. Pertandingan ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Majlis Perwakilan Pelajar, USM.

Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah dilantik sebagai urusetia untuk pendaftaran pasukan dengan menggunakan Sistem EZReg. Selain itu, pihak PPKT juga diminta untuk menyediakan laman sesawang untuk menyampaikan maklumat pertandingan, paparan siaran langsung pertandingan dan memaparkan keputusan terkini perlawanan.

ezregrobocon2023
Paparan EZReg (Sistem Pendaftaran Pasukan)

Pertandingan dijalankan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang sepanjang 10 hingga 13 Jun 2023. Sebanyak 21 pasukan dari IPTA dan IPTS menyertai pertandingan kali ini. Tema yang berkonsepkan ‘Casting Flowers Over Angkor Wat’ telah diinspirasikan oleh tuan rumah iaitu negara Cambodia.

Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik telah menghantar satu kumpulan yang dikenali sebagai USM Apex A. Tempat pertama dan kedua dimenangi oleh pasukan dari Universiti Teknologi Malaysia. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan UniMAP A. Pemenang juara Robocon Malaysia 2023 akan mewakili Malaysia di ABU ROBOCON pada 27 Ogos 2023 di Phnom Penh, Cambodia.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dijalankan pada 13 Jun 2023. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman kepada para pemenang.

ppktitteamppktscoreboardteam

Pasukan IT dan ‘Scoring Board’

Teks : Puan Shariza Binti Sharuddin
Foto : Puan Nurzalina Nordin