Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Techtalk@PPKT-EN

PPKT, KAMPUS KEJURUTERAAN 23 JUN 2023 (JUMAAT) - Satu seminar Techtalk@PPKT-ENG Siri 2/2023 telah dianjurkan oleh Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi bermula pada 9:30 pagi, bertempat di Studio Telesidang, PPKT Kampus Kejuruteraan yang telah diadakan secara bersemuka dan atas talian. Pengacara majlis bagi seminar ini adalah Encik Sheikh Md Roshahidi Bin Sheikh Daud, Ketua Unit Keselamatan ICT, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, PPKT Kampus Kejuruteraan.

Terdapat 3 orang pembentang yang terdiri daripada Puan Junaidah Binti Jaapar, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari PPKT Kampus Kejuruteraan yang membentangkan tajuk Sistem EZPlanner. Beliau telah memperkenalkan paparan antaramuka EZplanner yang baru serta cara penggunaan EZPlanner. Pembentang kedua merupakan staf dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Encik Mohamad Fauzi Bin Yahaya, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat yang telah membentangkan tajuk Towards Smart Campus dan pembentang ketiga adalah Encik Mohd Hamdan Bin Abd Ghani, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari PPKT Kampus Kejuruteraan dengan tajuk Sistem iPlan yang berkongsi cara penggunaan Sistem iPlan dalam pencarian tanah.

Seminar ini telah dihadiri oleh 378 orang peserta dari ketiga-tiga kampus dan diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan seminar ini bagi kali kedua tahun 2023.