Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Karnival Komuniti Masjid Tanjung Piandang

Picture3edit

PARIT BUNTAR 9 September 2023 - Masjid Jamek Mukim Tanjong Piandang telah berbesar hati menjemput Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan, USM untuk menyertai Karnival Komuniti Masjid. Program telah berlangsung bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Acara majlis perasmian dipengerusikan oleh Imam Masjid, Ustaz Muhamad Nur Fadhullah Ab. Rahman. Majlis dirasmikan oleh Tuan Mohamad Nazri Bin Saidin, Penghulu Kanan Mukim Kuala Kurau. Turut hadir adalah Encik Mazlifendirizan bin Mohd Rejab, Timbalan Pengarah PPKT. Seramai lebih kurang 50 orang staf USM bersama anak kariah masjid bekerjasama untuk menjaya program ini.

Ceramah dimulakan pada waktu pagi iaitu Ceramah ICT oleh Puan Azura Mohamed Marican dan diikuti dengan Ceramah Kesihatan Remaja oleh Doktor Suriani Binti Ismail dan Doktor Farhi Bin Abidin daripada Unit Kesihatan USM. Pada waktu petang pula, wakil daripada Pusat Islam USM mengadakan program F.A.S.T : Cemerlang Akademik, Cemerlang Syaksiah.

Pelbagai aktiviti yang diadakan iaitu Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak, Pertandingan Gubahan Tuala, pemeriksaan kesihatan daripada Unit Kesihatan USM dan Klinik Kesihatan Tanjong Piandang.

Antara pameran yang diadakan adalah ICT dan Simulasi Dron daripada PPKT. Kaunter Klinik PC juga disediakan untuk memberi khidmat nasihat dan baikpulih komputer. Turut mengadakan pameran adalah daripada Bomba Kuala Kurau.

Selain itu terdapat juga jualan ikan segar termurah di pasaran, ikan hiasan, baju, pelbagai jenis makanan serta minuman, dan lain-lain lagi.

Penutup majlis perasmian adalah dengan pemberian cenderahati penghargaan daripada pihak PPKT kepada pihak masjid yang disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan. Semoga dengan kerjasama dan penglibatan semua akan mengeratkan ukhuwah sesama insan.

Diharap juga program sebegini akan dapat dilaksanakan semula pada masa akan datang.

Slide2

Slide1

Slide3