Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Pertandingan Kelestarian dan Keceriaan Bilik Gunasama Peringkat PPKT

pertandingan JKKK 2023

NIBONG TEBAL, 21 November 2023 – Pertandingan Keceriaan dan Kelestarian Bilik Gunasama peringkat Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, Kampus Kejuruteraan (PPKT) telah diadakan dengan jayanya. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Keceriaan dan Kelestarian PPKT.

Program ini melibatkan semua bilik gunasama yang terdapat di PPKT. Terdapat empat kumpulan yang bertanding iaitu Pejabat Timbalan Pengarah, Seksyen Korporat, Seksyen Infostruktur dan Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia. Program ini bermula dari 16 Jun sehingga 21 November 2023 untuk memberi ruang dan masa kepada setiap seksyen melaksanakan aktiviti yang difikirkan sesuai dan menyerlahkan kreativiti mendekorasi tempat masing-masing mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pertandingan tersebut telah diadili oleh Profesor Madya Dr. Mohd Remy Rozainy Bin Mohd Arif Zainol, Pengerusi Kelestarian Kampus Kejuruteraan sebagai ketua juri. Beliau dibantu oleh Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kejuruteraan dan Encik Mohammad Faizal Bin Abu Bakar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia.

Tahniah diucapkan kepada Seksyen Infostruktur yang telah memenangi pertandingan tersebut. Pemenang penerima hadiah berupa baucar bernilai RM100 manakala seksyen lain mendapat hadiah saguhati berupa baucar RM50. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan kepada para pemenang semasa menghadiri Makmal Strategik PPKT 2024 yang diadakan di Jerai Hill Resort, Gunung Jerai. Syabas juga diucapkan kepada semua staf PPKT kerana bersemangat menjayakan program ini.

pertandingan JKKK 2 2023Poster Pertandingan Kelestarian dan Keceriaan PPKT

 

pertandingan JKKK 3 2023