Masalah tiada azan
Sila semak volume (call, media, alarm) pastikan semua sudah set kepada maximum.
Jika masalah tiada azan berlaku selepas kemaskini (
update), sila ikuti langkah-langkah berikut:
1.
Uninstall iSolat
2.
Reboot telefon
3.
Install semula iSolat
4. Pilih kawasan waktu solat dalam tetapan
untuk mengaktifkan peringatan masuk waktu solat.
Kebanyakkan masalah tiada azan berpunca dari masalah aplikasi iSolat tidak aktif. iSolat perlu terus aktif (
running at background) supaya waktu solat boleh disemak dan seterusnya memainkan azan. Sebahagian telefon akan menghentikan
'background apps' untuk menjimatkan penggunaan bateri, anda perlu membenarkan iSolat terus aktif dalam tetapan telefon anda.
Untuk sebahagian telefon, guna fungsi penggera dalam tetapan iSolat masih tidak mencukupi, anda perlu ikut langkah-langkah seperti yang ditunjukkan dalam contoh di bawah.
Contoh:
-
Asus
-
Huawei Ascend G6
-
Huawei (model lain)
- Lenovo
Sila masukkan iSolat ke dalam senarai 'ignore list'.
https://www.youtube.com/watch?v=CEkeOFl0HNo
-
Oppo
-
Oppo A83
-
Samsung
- Vivo
Jika ada app 'i Manager' dalam telefon anda sila ikuti langkah berikut:
1) i Manager > App manager > Auto Start Manager> sila
enable iSolat.
2) i Manager > Power manager > Excessive background battery usage > sila
enable iSolat.
3) Setelah selesai sila buka app iSolat untuk mengaktifkan peringatan masuk waktu solat.
-
Vivo Y81
Tetapan untuk model Vivo yang lain.
-
Tetapan Vivo
-
Xiaomi (MIUI5)
-
Xiaomi (MIUI8)
Selain dari contoh di atas anda juga boleh rujuk laman web:
https://dontkillmyapp.com/
Tips:
- Cuba cari dalam tetapan permission manager, auto start manager, smart manager, power management, power saving dsb..
Jika ada pilihan untuk masukkan iSolat ke dalam senarai Allow, ignore list atau white list sila masukkan.
- Jika anda menggunakan telefon Xiaomi, Vivo atau Oppo sila beri kebenarkan iSolat untuk autostart dalam tetapan telefon anda.
- Jika keluar soalan Let app always run in background? pilih Allow
- Jika anda ada menggunakan aplikasi untuk menjimatkan penggunaan bateri cuba uninstall.
- Jika anda menggunakan power saving mode cuba disable.
- Jika anda 'clear recent app list' ia juga boleh menyebabkan iSolat tidak aktif, sila buka app iSolat untuk mengaktifkannya semula.
Jika anda ada tips (tetapan telefon) untuk menyelesaikan masalah berkaitan azan, sila maklumkan kepada kami melalui emel, ia mungkin dapat membantu pengguna lain.
iSolat 5.0.1
Jika anda sudah cuba tips di atas dan masih menghadapi masalah menggunakan iSolat versi terkini, anda boleh cuba iSolat versi 5.0.1,
sila muat turun file apk di bawah. Sebelum install sila uninstall versi iSolat yang sedang anda gunakan, kemudian baru install versi 5.0.1.
http://ppkt.eng.usm.my/iSolat/apk/iSolat_v5.0.1.apk
iSolat 4.3.3
Untuk android versi 4.0.3 hingga 5.1 sahaja.
http://ppkt.eng.usm.my/iSolat/apk/iSolat_v4.3.3.final.apk
Sila muat turun waktu solat terkini selepas
install.
Android One
Syarikat pengeluar telefon telah mengubah suai sistem operasi android mengikut keperluan mereka, ini adalah antara punca kepada masalah yang berlaku. iSolat akan berfungsi dengan baik jika anda menggunakan telefon yang menggunakan sistem operasi
Android One iaitu versi android yang tidak diubah suai.
Antara telefon yang menggunakan sistem operasi Android One:-
- Asus ZenFone Max Pro (M1)
- HTC U11 Life
- LG G7 One
- Motorola Moto X4
- Motorola One Power (P30 Note)
- Nokia 7 Plus
- Nokia 7.1
- Nokia 8 Sirocco
- Nokia 6
- Nokia 6.1 Plus
- Nokia 5.1
- Nokia 3.1
- Xiaomi Mi A1
- Xiaomi Mi A2 (Mi 6X)