Ciri-ciri
  • Paparan waktu solat untuk semua bandar-bandar utama di seluruh Malaysia.
  • Lokasi waktu solat boleh ditentukan secara automatik atau manual.
  • Waktu solat untuk sepanjang tahun.
  • Data waktu solat terkini dimuat turun secara automatik.
  • Boleh memaparkan waktu solat untuk tarikh tertentu.
  • Pilihan paparan waktu solat menggunakan widget.
  • Data solat daripada JAKIM / Majlis Agama Islam Negeri.
  • Peringatan masuk waktu solat (azan, takbir atau nada peringatan).
  • Petunjuk arah kiblat.
  • Lokasi masjid & surau terdekat.
  • Paparan tepat tarikh dalam kalendar islam.
  • Paparan tarikh penting.
  • Tiada iklan.
  • Diberikan secara percuma.

Kemaskini
v5.2.2
– Kemaskini Zon 3 – Port Dickson, Seremban.
v5.2.1
– Pembetulan masalah lokasi automatik bandar Nilai.
v5.2.0
– Penambahbaikan minor.
v5.1.9
– Pembetulan masalah membuka google map semasa mendapatkan lokasi masjid/surau (android versi 11 ke atas sahaja).
v5.1.8
– Fungsi lokasi automatik diaktifkan semula setelah diubah suai, kini anda perlu membuka app untuk mendapatkan lokasi terkini.
– Waktu solat tahun 2022.
– Tarikh penting tahun 2022.
v5.1.7
– Fungsi masjid terdekat diaktifkan semula.
– Penambahbaikan minor.
v5.1.6
– Pembetulan nama bandar Bintangor
– Tambah pilihan senyap peringatan zohor pada hari jumaat
– Fungsi masjid terdekat dan lokasi auto terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana perlu diubah suai mengikut ketetapan Google.
– Penambahbaikan minor.
v5.1.5
– Tukar bandar Kulai Jaya kepada Kulai.
– Tambah azan baharu Ruli Maroya.

Carian Lokasi
- Lokasi bandar adalah mengikut zon yang telah ditetapkan oleh JAKIM.
- Jika anda memilih lokasi secara automatik, anda perlu membuka app iSolat untuk mendapatkan lokasi terkini. Google tidak membenarkan penggunaan 'background location' dalam iSolat.
- Untuk mendapatkan lokasi secara automatik, di dalam tetapan lokasi, sila benarkan carian lokasi menggunakan GPS dan WiFi.
- Jika anda pilih tetapan lokasi secara automatik, GPS telefon perlu diaktifkan.
- Lokasi automatik dapat dikenal pasti dengan lebih cepat sekiranya anda mengaktifkan GPS dan WiFi.
- Jika anda berada di dalam bangunan lokasi akan menjadi sukar untuk dikenal pasti kerana tiada isyarat GPS diterima.
- Sila maklumkan melalui emel sekiranya lokasi yang diberikan tidak tepat.
- Jika anda ada masalah untuk mendapatkan lokasi waktu solat secara automatik, sila tukar tetapan lokasi kepada manual.
Arah Kiblat
- Fungsi untuk mendapatkan arah kiblat hanya untuk telefon/tablet yang mempunyai kompas sahaja, jika anda mendapat mesej "Maaf, tiada fungsi kompas dikesan!" ini menunjukkan bahawa telefon/tablet anda tidak mempunyai kompas.
- Fungsi arah kiblat bergantung sepenuhnya terhadap persekitaran dan kompas telefon pintar anda, untuk mendapatkan arah yang tepat:
  • Sebelum dapatkan arah kiblat, sila buat kalibrasi terhadap kompas telefon anda dengan memegang telefon dan buat pusingan mengikut angka 8.
    contoh: http://www.youtube.com/watch?v=sP3d00Hr14o
  • Jauhkan telefon anda daripada sebarang perkakasan elektrik.
    contoh: komputer, tv, kipas, radio dsb.
  • Tidak berada di dalam kenderaan semasa mendapatkan arah kiblat.
  • Buka pelindung telefon anda sekiranya ia mempunyai magnet.
  • Tidak mendapatkan arah kiblat sewaktu mengecas bateri.
  • Jika iSolat tidak menunjukkan arah kiblat yang tepat cuba guna Google Qibla Finder, kemudian buat perbandingan
Masalah tiada azan
Sila semak volume (call, media, alarm) pastikan semua sudah set kepada maximum.

Jika masalah tiada azan berlaku selepas kemaskini (update), sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Uninstall iSolat
2. Reboot telefon
3. Install semula iSolat
4. Pilih kawasan waktu solat dalam tetapan untuk mengaktifkan peringatan masuk waktu solat.

Kebanyakkan masalah tiada azan berpunca dari masalah aplikasi iSolat tidak aktif. iSolat perlu terus aktif (running at background) supaya waktu solat boleh disemak dan seterusnya memainkan azan. Sebahagian telefon akan menghentikan 'background apps' untuk menjimatkan penggunaan bateri, anda perlu membenarkan iSolat terus aktif dalam tetapan telefon anda.

Untuk sebahagian telefon, guna fungsi penggera dalam tetapan iSolat masih tidak mencukupi, anda perlu ikut langkah-langkah seperti yang ditunjukkan dalam contoh di bawah.

Contoh:

- Asus

- Huawei Ascend G6
- Huawei (model lain)

- Lenovo
Sila masukkan iSolat ke dalam senarai 'ignore list'.
https://www.youtube.com/watch?v=CEkeOFl0HNo

- Oppo
- Oppo A83

- Samsung

- Vivo
Jika ada app 'i Manager' dalam telefon anda sila ikuti langkah berikut:
1) i Manager > App manager > Auto Start Manager> sila enable iSolat.
2) i Manager > Power manager > Excessive background battery usage > sila enable iSolat.
3) Setelah selesai sila buka app iSolat untuk mengaktifkan peringatan masuk waktu solat.

- Vivo Y81
Tetapan untuk model Vivo yang lain.
- Tetapan Vivo

- Xiaomi (MIUI5)
- Xiaomi (MIUI8)

Selain dari contoh di atas anda juga boleh rujuk laman web:
https://dontkillmyapp.com/

Tips:
  1. Cuba cari dalam tetapan permission manager, auto start manager, smart manager, power management, power saving dsb.. Jika ada pilihan untuk masukkan iSolat ke dalam senarai Allow, ignore list atau white list sila masukkan.
  2. Jika anda menggunakan telefon Xiaomi, Vivo atau Oppo sila beri kebenarkan iSolat untuk autostart dalam tetapan telefon anda.
  3. Jika keluar soalan Let app always run in background? pilih Allow
  4. Jika anda ada menggunakan aplikasi untuk menjimatkan penggunaan bateri cuba uninstall.
  5. Jika anda menggunakan power saving mode cuba disable.
  6. Jika anda 'clear recent app list' ia juga boleh menyebabkan iSolat tidak aktif, sila buka app iSolat untuk mengaktifkannya semula.
Jika anda ada tips (tetapan telefon) untuk menyelesaikan masalah berkaitan azan, sila maklumkan kepada kami melalui emel, ia mungkin dapat membantu pengguna lain.


iSolat 5.0.1
Jika anda sudah cuba tips di atas dan masih menghadapi masalah menggunakan iSolat versi terkini, anda boleh cuba iSolat versi 5.0.1, sila muat turun file apk di bawah. Sebelum install sila uninstall versi iSolat yang sedang anda gunakan, kemudian baru install versi 5.0.1.
http://ppkt.eng.usm.my/iSolat/apk/iSolat_v5.0.1.apk

iSolat 4.3.3
Untuk android versi 4.0.3 hingga 5.1 sahaja.
http://ppkt.eng.usm.my/iSolat/apk/iSolat_v4.3.3.final.apk

Sila muat turun waktu solat terkini selepas install.


Android One

Syarikat pengeluar telefon telah mengubah suai sistem operasi android mengikut keperluan mereka, ini adalah antara punca kepada masalah yang berlaku. iSolat akan berfungsi dengan baik jika anda menggunakan telefon yang menggunakan sistem operasi Android One iaitu versi android yang tidak diubah suai.

Antara telefon yang menggunakan sistem operasi Android One:-

- Asus ZenFone Max Pro (M1)
- HTC U11 Life
- LG G7 One
- Motorola Moto X4
- Motorola One Power (P30 Note)
- Nokia 7 Plus
- Nokia 7.1
- Nokia 8 Sirocco
- Nokia 6
- Nokia 6.1 Plus
- Nokia 5.1
- Nokia 3.1
- Xiaomi Mi A1
- Xiaomi Mi A2 (Mi 6X)
Masjid & Surau Terdekat
- Fungsi masjid & surau terdekat hanya boleh didapati sekiranya isyarat gps dan internet diterima.
- iSolat hanya akan memaparkan lokasi 5 masjid atau surau yang berhampiran dengan lokasi anda.
- Untuk mendapatkan peta kepada lokasi masjid atau surau anda perlu menggunakan Google Maps versi terkini.
=> Muat turun Google Maps
- Untuk mengemaskini gambar masjid dan surau sila hantar gambar masjid atau surau tersebut menggunakan aplikasi iSolat.
- Gambar perlu diambil dalam format landscape.
- Sila hantar gambar sebenar masjid atau surau yang dinyatakan supaya ianya dapat memudahkan dalam proses mencari lokasi.
- Gambar selain masjid dan surau tidak diterima.
Mod senyap (untuk tempoh tertentu)
Ikon speaker boleh digunakan untuk menukar mod telefon kepada mod senyap bagi tempoh minimum antara 10 minit hingga 2 jam. Setelah tempoh tersebut tamat telefon akan bertukar semula kepada mod normal secara automatik. Ia sesuai digunakan ketika ingin bersolat, bermesyuarat dsb. Mod senyap boleh ditukarkan semula kepada mod normal dengan menggunakan ikon yang sama.
Perhatian
- Waktu solat, arah kiblat dan surau/masjid terdekat hanya untuk negara Malaysia sahaja.
- Sila pastikan anda kemaskini (update) iSolat sekiranya ada versi terkini.
- Jika tiada paparan waktu solat, sila muat turun data waktu solat dari aplikasi iSolat.
- Waktu nada peringatan lebih awal (1-30 minit sebelum azan) hanya untuk waktu solat fardhu sahaja.
S&J
S: Mengapa waktu solat iSolat tidak sama dengan yang dipaparkan di masjid/surau?
J: Sila semak waktu solat JAKIM di: http://www.e-solat.gov.my dan waktu solat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri jika tiada persamaan sila maklumkan kepada kami melalui emel.

S: Mengapa arah kiblat iSolat tidak tepat?
J: Ada beberapa punca yang boleh menyebabkan arah kiblat menjadi tidak tepat, sila rujuk nota di atas.

S: Audio azan mengikut volume ringtone, media atau notification?
J: Media.

S: Mengapa waktu solat tidak diperluaskan ke negara lain selain Malaysia?
J: Waktu solat Malaysia diambil dari data yang dikeluarkan oleh JAKIM, waktu solat Malaysia dan luar negara yang dikeluarkan oleh aplikasi yang lain mengunakan formula tertentu dan seringkali tidak sama dengan yang dikeluarkan oleh JAKIM. Ada rancangan untuk memasukkan waktu solat Singapura ke dalam iSolat kerana data waktu solatnya mudah dimuat turun.

S: Kawasan manakah yang dikategorikan sebagai zon khas bagi negeri Sarawak?
J: Kawasan yang termasuk di dalam kategori zon khas ialah Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan.
Anda semua dipelawa untuk menambah jumlah azan yang ada dengan menghantar audio azan yang telah dirakam oleh anda sendiri kepada kami melalui emel.

Syarat-syarat:
- Perlu azan subuh sahaja.
- Suara azan hendaklah jelas dan menarik.
- Suara azan mestilah tiada persamaan dengan yang telah ada dalam iSolat.
- Menyertakan nama muazzin.
Hanya azan yang memenuhi syarat-syarat di atas sahaja akan dimasukkan ke dalam iSolat.


Sila beri komen dan rating!

Muat turun iSolat:



Sebarang pertanyaan, cadangan dan maklumbalas sila emel:
isolatmy@gmail.com

[   Notis Privasi   |   Penafian   ]

Home Widget 2

This is your second home widget box. To edit please go to Appearance > Widgets and choose 7th widget from the top in area 7 called Home Widget 2. Title is also manageable from widgets as well.

Home Widget 3

This is your third home widget box. To edit please go to Appearance > Widgets and choose 8th widget from the top in area 8 called Home Widget 3. Title is also manageable from widgets as well.