Pada 22 hingga 24 Ogos 2015, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa telah menganjurkan Bengkel Penulisan. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan semua peserta mampu untuk memahami dan seterusnya mengukuhkan pengetahuan peserta untuk menulis di dalam jurnal-jurnal akademik. Melalui penulisan di dalam jurnal ini pastinya KPI dan nama Pusat Pengajian mampu ditingkatkan.
Bengkel yang berjalan selama 3 hari ini telah diadakan di Hotel Sentral Seaview, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Peserta bengkel adalah terdiri daripada semua pensyarah akademik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa. Kehadiran Dekan PPKAe, Prof. Dr. MOhd Zulkifly Abdullah telah menyuntik semangat dan memberikan galakkan kepada para peserta.
Pada akhir bengkel, terdapat peserta yang berjaya menghantar penulisan akademik masing-masing ke beberapa jurnal yang terpilih. Kaedah ini telah dilihat sebagai satu kaedah terbaik dalam membantu para peserta menghasilkan penulisan yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Semoga semangat ini akan mampu diteruskan!!! Tahniah.